.

.

Pages

TEAM MEDIA KEDAH CABAR KEWIBAWAAN PAS KEDAH...mampu ke?

Sunday, January 15, 2012


MKT ingin mengajak para pembaca mengimbas kembali fitnah keatas YB Datuk Ir. Nawawi Ahmad (ADUN Kuah) berkenaan isu feri pada tahun 2008.


Fitnah ini adalah salah satu bentuk kezaliman PAS yang selalunya dituding kepada UMNO/BN. Bagi mereka fitnah, tohmahan dan umpatan adalah makanan asasi selain dari nasi.

Sebelum 2008 begitu hebat PAS memukul canang seluruh Kedah mengatakan yang mereka boleh menurunkan harga feri. Atas alasan hendak menjadi hero. Tetapi 4 tahun sudah berlalu. Semakin naik adalah. Oleh yang demikian, mereka meletakkan ketidakmampuan mereka itu keatas bahu ADUN-ADUN BN. Senario yang biasa dalam hayat hidup parti PAS.

Samada sedar atau tidak yang Syarikat Feri itu adalah peniaga bukannya hak Kerajaan memerintah. Jadi pihak Kerajaan hanya boleh memujuk menggunakan budi bicara syarikat untuk menjaga kepentingan rakyat. Samada diluluskan ataupun tidak, terpulang kepada pihak Syarikat.

Ini yang payahnya bila satu-satu perniagaan bersifat monopoli. Oppsss...jangan salahkan Kerajaan pulak yer. Masalah yang paling besar adalah bilamana tiada satupun syarikat yang mampu bersaing dengan syarikat sedia ada itu.

Jika PAS Kedah benar-benar prihatin dengan masalah rakyat, MKT cabar buatlah satu anak syarikat Kerajaan Negeri berkenaan pengangkutan feri ke Langkawi. Takkan tidak mampu kot? Duit hasil balak kan lagi banyak daripada pemerintahan BN dulu? Gunalah sikit sebanyak dari duit itu dan tubuhkan anak syarikat Kerajaan Negeri. 

P/S dari MKT : Errr....dalam manifesto PAS PRU-13 ni tidak mahu masuk lagi ker janji-janji hendak turunkan harga feri ini?...Mana lah nak tahu, kot-kot penduduk Langkawi akan menyokong pulak PAS nanti..hehehehe....Mimpi di siang hari la...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.