Lihatlah siapakah yang bertanggungjawab sebenarnya mengibarkan syiar Islam di Malaysia ini? PAS atau UMNO ataupun PKR? Sudah berapa banyak masjid di Langkawi mahupun di Malaysia telah didirikan oleh PAS atau PKR semenjak menjadi pemerintah? Gebang kepada rakyat mengatakan yang mereka adalah pejuang Islam tetapi satu masjid pun tarak...Ini salah satu bukti di Langkawi bagaimana UMNO mengembangkan syiar Islam...
Gambar diatas adalah sebuah masjid di Kg. Padang Lalang, Langkawi. Dahulunya ia boleh menampung seramai 150 orang jemaah sahaja. Hinggakan ada jemaah yang terpaksa solat Jumaat di luar masjid disebabkan dewan solat yang kecil.
TETAPI
Sekarang masjid yang kecil itu telah dinaik taraf ke masjid yang bernilai RM2 juta. Kos tersebut tidak ada defisit/ hutang Kerajaan Pusat seperti yang terjadi di KUIN. Pembayarannya pula sudah langsai sepenuhnya. Dewan solatnya pula boleh menampung seramai hampir 900 orang serentak tanpa ada jemaah yang solat di luar masjid lagi. Selepas pembinaan masjid siap keseluruhannya, sebuah maahad tahfiz akan didirikan di dalam kawasan masjid itu.
Inilah bukti UMNO mengembangkan syiar Islam. Lakukan dengan perbuatan bila sudah menjadi pemerintah. Bukan hanya tahu melalak perjuangkan Islam tetapi hampas belaka. Bukan setakat pergi lihat tapak, cerita sudah lulus bajet tetapi senyap begitu sahaja. Seperti yang berlaku kepada Sekolah Sains Tahfiz di Pulau Tuba tu la....
P/S dari MKT : Dok gebang hukum hudud tapi undang-undang kafir masih dok digunapakai di mahkamah syariah...Guna akal la sikit, broo...
0 ulasan:
Post a Comment