.

.

Pages

SEJATERAKAH KEDAH SELAMA INI?

Saturday, January 14, 2012


Kerajaan PAS Kedah sering memukul canang di setiap daerah di Negeri Kedah bahawa PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam secara telus. Benarkah begitu? Mungkin ianya hanyalah 'indah khabar dari rupa'?

MKT mengajak rakyat Malaysia, khususnya rakyat Negeri Kedah berfikir sejenak akan kebenaran ini...PAS KEDAH SEBENARNYA SIFAR SERBA SERBI

1) Kerajaan PAS Kedah selama ini mendakwa kononnya menegakkan pentadbiran ber'integriti'. Benarkah begitu? Tidak pernah terjadi sekalipun selama 50 tahun lebih bekas Kerajaan BN telah melelong satu pun bangunan kerajaan. Ber'integriti'nya Kerajaan PAS Kedah, baru 3-4 tahun memerintah bangunan MBAS telah pun kena lelong. Islam mengajar sebegitukah cara mentadbir sesebuah negeri?

2) Didalam buku 'KEDAH SEJAHTERA' telah menyebut yang MB Kedah telah keluar negeri hanyalah 3 kali selama 3 tahun. Kononnya menunjukkan yang MB Kedah adalah seorang yang berjimat cermat. Hebat! Memang hebat... Tetapi kehebatan beliau telah tercalar dengan keborosan barisan Exco-exconya yang terlalu ber'honeymoon' diluar negara. Jika bawa masuk pelaburan ke negeri Kedah, kira berbaloilah juga tetapi still the same old kedah story. Tiada apa-apa perubahan.

3) Isu yang paling hangat diperkatakan sekarang adalah betapa Jalur Gemilang yang selama ini menghiasi bangunan kerajaan negeri yang sudah buruk,koyak rabak dan lusuh. Hatta hendak dibuat kain buruk pun tidak gamak. Pejuang-pejuang Islam pada zaman dahulu sanggup mati demi hendak mempertahankan bendera Negara Islam. Tetapi amat memalukan bagaimana sebuah parti Islam(kononnya) membiarkan bendera negaranya sehingga lusuh sebegitu?

ISLAM KE PAS JIKA BEGITU CARA PENTADBIRANNYA?

TEPUK DADA, TANYA IMAN

PAS HANYA MEMPERALATKAN AGAMA DEMI SURVIVAL POLITIK SEMPITNYA

Published with Blogger-droid v2.0.3

2 ulasan:

asharina said...

it is most better if compared with previous which is under umno..n now we can see that hasil mahsul balak mningkt every yr,2008-35 juta,2009 38 juta,2010 53 juta,2011 80 juta rather thn previous under umno,hsil balak araound 9 juta merely.siap ade tmbhn hasil negeri dgn lombong kuari bjih besi sblm ni under umno tkde,n contract given wisely no bias compared previously,restore abandoned projects bout 30 yrs like plaza tunku yaacob n komplek perniagaan aman cntral,encourage ppl to married under prog mahlogai sejahtera,then Withdraw the land tax rebates in UUM to use it for kpentign rkyt,n make sure stiap pgambiln tnh hnye ntok kpntign rkyt,cukai tnh turun kpd 25%-27% walhal in previous cukai tnh naik lg ade la thun 2008 tu.n only 10 ringgit in charge for tanah lot of private skul,walhal sblm ni under umno tkde pon.haram nk ade mcm tu mntri2 pakat nk pnuhkn poket msg2 ade la

Ibnu Dahlan said...

Baiklah...cuba bgtaw pd MKT, berapa bnyk pembangunan yg benar2 dijalankan oleh Kerajaan Negeri? Semasa pemerintahan BN dahulu, mmg kantung Kerajaan x der duit sebyk skrg sb digunakan utk pembangunan negeri. Skrg, segaa pembangunan sudah disediakan pd zaman BN dahulu. PAS x perlu keluarkn duit yg byk utk pembangunan. Cukup sekadar penyelenggaraan sahaja. Mmg lah byk duitnya. Pasal balak, mmg la meningkat hasil sb kawsan balak pn telah diperbesarkan. Anda tahu ke x mengenai itu?

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.