Pages

Thursday, January 26, 2012

RINTIHAN NELAYAN AKIBAT EGO KERAJAAN PAS..

Pengkalan Nelayan Kubang Badak, Langkawi ini telah dibuat pada tahun 2007 dan telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2009. Permandangan yang cukup cantik dan indah....Melihat para-para nelayan pulang membawa rezeki dari lautan. Tetapi sayangnya, disebabkan keangkuhan sesetengah individu didalam Kerajaan PAS Kedah maka pengkalan nelayan ini terbiar. Kenapa? Kerana ianya adalah hasil perbincangan dan permuafakatan  pentadbir Kerajaan dahulunya telah membuahkan hasil.

Alasan mengapa tidak dibenarkan pengkalan ini beroperasi adalah disebabkan Jabatan Hutan telah mengazet kawasan tersebut adalah tanah rezab hutan bakau. Persoalan yang MKT hendak timbulkan disini, adalah mustahil pihak yang bertanggungjawab iaitu LADA melabur sebanyak RM1.7 juta hanya untuk membangunkan kawasan yang dilarang? Sudah semestinya kebenaran telah diberikan oleh Jabatan Hutan untuk membenarkan kawasan tersebut dibangunkan.








Yang menjadi mangsanya adalah para-para nelayan Kubang Badak. Disebabkan keegoaan pemimpin Kerajaan PAS memberi arahan kepada Jabatan Hutan untuk membenarkan pengkalan tersebut beroperasi maka nelayan-nelayan tersebut telah sebulat suara tetap menggunakan pengkalan tersebut walau apapun tindakan dari Kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment