Assalamualaikum...
MKT rasa terharu apabila masih ada lagi pemimpin atasan PAS Pusat yang bersimpati dengan nasib Ustaz Azizan bilamana Ketua Pemuda PAS bertindak membelanya. Nasruddin Hassan berkata demikian apabila diwawancara oleh Malaysian Insider berhubung serangan bertalu-talu oleh segenap sudut.

![]() |
Gelap masa depanku.. |
PAS Kedah sekarang sudah bergolak hebat. Nampak tenang sahaja di permukaan tetapi berarus kuat didasarnya. Baru sepenggal memerintah negeri sudah ada budaya cantas mencantas...Belum lagi memerintah negara. Yang ruginya adalah rakyat jelata. Inikah bakal pemerintah yang diidam-idamkan oleh sebilangan rakyat Malaysia? Inikah cara pemerintahan Islam yang dilaung-laungkan oleh PAS?...Tepuk dada dan tanya iman masing-masing....
P/S dari MKT : Sepatutnya Ustaz Azizan sudah dikenakan tindakan tatatertib di bawah Fasal 82, sebab melanggar perlembagaan PAS. Tapi sampai sekarang, nampaknya diam begitu sahaja. tentang Hassan Ali, berani sesangat-sangat. Mesti ada agenda disebalik batu ni..hehehehe
0 ulasan:
Post a Comment