Pages

Friday, January 6, 2012

PAS...PARTI YANG AKAN BUNGKUS NANTI

Parti Islam Semalaysia adalah serpihan dari UMNO. Jika UMNO adalah zalim maka secara tidak langsungnya PAS juga adalah zalim kerana sebagaimana acuan begitulah kuihnya. Gambar disebelah menunjukkan bagaimana terdesaknya PAS menurut nafsu hingga sanggup tidak menghiraukan halal dan haram (kiasan). Gugurnya dasar negara Islam PAS dilihat sebagai salah satu cara untuk menarik pengundi-pengundi yang dahulunya mereka hina dan keji iaitu bangsa Cina dan India. Bagi mereka, hanya merekalah yang paling agung di negara ini. Sebijik seperti Yahudi..Video dibawah menunjukkan secara jelas betapa keyakinan penyokong-penyokong PAS sudah mulai mempertikaikan kewibawaan PAS.

Hatta MKT tidak faham sepenuhnya ucapan beliau tetapi yang pastinya MKT yakin yang beliau sudah nampak kebenaran dan kesungguhan Kerajaan UMNO dalam mempertahankan hak Melayu dan Islam. Bukan seperti PAS yang pandai menabur janji, pandai mejual agama, pandai cakap tidak serupa bikin.
Bayangkan perkara berkenaan agama pun diperjualbelikan? Itu baru satu...


UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983) tetapi mengapa PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12?

“Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”. Mengapa PAS di dalam pilihanraya ke-12 telah meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang. 

“Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi” Tetapi mengapa selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. 

Semasa Pak Lah menjadi TPM dan diarahkan mengawal virus JE, PAS telah mengumpat beliau dengan gelaran : “Badawi di Arab jaga unta, Badwi di Malaysia jaga Babi” Akhirnya PAS menjilat ludahnya sendiri apabila Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, mengapa tidak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’. 

Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi. Tetapi bila Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, siap ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”. Bukankah itu namanya HIPOKRIT?

Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…” Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”. 

Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..” Kepala Hotak PAS...laa

“Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan. 

“Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar. Ustaz Azhar Idrus sudah lupa ker fatwa PAS yang ini? Jangan asyik menuding kepada UMNO sahaja

“Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak) 

JADI..DIMANAKAH PEGANGAN ISLAM PAS YANG SEBENARNYA?
SEBUAH PARTI YANG TIADA MATLAMAT MAKA TUNGGULAH KEHANCURANNYA

3 comments:

  1. PAS mudah lupa....memang sedap menghukum org/parti lain tp bila dh berkuasa baru tau langit tinggi atau rendah, senang atay susah. Yg menghairankan dah tau gagal laksanakan hudud tp masih tk mau mengaku dan masih terus salahkan pihak lain...Inilah golongan manusia yg tenggelam dgn ego mereka sendiri demi mengharapkan undi.

    ReplyDelete
  2. Apa-apa pun jangan mengata orang, bukti dapat dilihat sedang tak berapa lama perkara yang buruk tu berbalik kepada si pengata, wallah hu alam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bukannya mengata2 pd org tanpa bukti yg kukuh. Ini kebenaran yg amat pyh juak2 PAS nk telan, kan?

      Delete