Pages

Monday, January 23, 2012

PARTI ISLAM MESIR HENDAK DISAMAKAN DENGAN PAS MALAYSIA? HARU BIRU BETUL JUAK-JUAK PAS NI..

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Keputusan pilihanraya Parlimen Mesir menepati ramalan pelbagai pihak dengan parti-parti beraliran Islam mencatat kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara itu.
Keputusan akhir pemilihan Parlimen pertama Mesir setelah jatuhnya Presiden Hosni Mubarak turut menepati ramalan beberapa pihak apabila parti politik milik Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi. 



MKT ucapkan tahniah kepada parti Islam Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan kerana memenangi Pilihanraya Mesir semalam. Kiranya tidak sia-sia kebangkitan rakyat Mesir di Dataran Tahrir menggulingkan pemerintahan regim Mubarak yang berkuasa secara kuku besi di Mesir.


Tetapi ada juga malaun-malaun Pakatan Rakyat telah cuba menghasut rakyat Malaysia supaya mengikut jejak langkah rakyat Mesir demi hendak menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional. Sedar atau tidak wahai malaun-malaun Pakatan Rakyat, usaha kamu tidak akan mendatangkan hasil. Kerana di sini pemerintahan BN bukanlah satu regim atau diktator. Tidak ada seorang pun ahli pembangkang yang ditembak mati kerana memprotes Kerajaan. Di Iraq dan Mesir, ada beberapa 'kubur besar' untuk para pejuang kebebasan tetapi di Malaysia, tunjukkan kepada MKT dimanakah ianya?

Kekeliruan yang bakal kamu timbulkan kepada rakyat Malaysia akan menyebabkan masyarakat sudah mula hilang sifat toleransi antara kaum. Kamu semua akan menyebabkan keadaan negara menjadi huru hara. Bukannya Kerajaan takut dengan kebangkitan angan-angan kosong kamu hendak tawan Putrajaya, tetapi Kerajaan takut dengan keadaan huru hara dan menyebabkan rakyat menderita.

Oleh yang demikian, MKT nasihatkan jangan terlalu memuja kebangkitan parti Islam di Mesir hakikatnya UMNO juga adalah parti Islam. Malahan lebih Islam dari PAS sendiri. 

P/S dari MKT : Malaun-malaun Pakatan Rakyat...jika kamu ini hidup di Mesir sudah lama kamu ini mati. Tidak ada hak untuk bersuara. Sedarlah sikit yang kamu hidup sesenang sekarang di Malaysia adalah rahmat dari Tuhan yang disalurkan melalui Kerajaan Barisan Nasional. Jangan jadi bodoh walau hakikatnya kamu sememangnya sudah bodoh...hehehehe

1 comment:

  1. salam saudara, mohon saudara pautkan suapan daripada lamanizzs.blogspot.com kepada blog saudara. bersamalah kita berjuang untuk memastikan yang batil akan kalah pada pru13.tq

    ReplyDelete