.

.

Pages

NGAUMAN HARIMAU TUA PAS SUDAH TIDAK DIGERUNI LAGI

Sunday, January 8, 2012

Aduhh....terdengar lagi sumber-sumber dari angin utara menjengah masuk ke halwa telinga MKT pada petang ini. Menyebabkan MKT termenung seketika memikirkan nasib Menteri Besar PAS Kedah yang cukup berintegrasi iaitu Ustaz Azizan.

Beliau merupakan pemimpin PAS yang bagus cuma adalah sedikit sebanyak kecacatan pentadbirannya. Biasalah, bukankah dia juga manusia juga yang tidak lepas dari membuat salah dan silap.

Cuma MKT berasa sedih dengan permainan politik PAS Pusat. Dimana winnable candidate PAS sebagai bakal Menteri Besar PAS Kedah yang terbaru menggantikan beliau adalah Mahfuz Omar. Barisan exco PAS Negeri pun bersetuju dalam diam dengan pencalonan Mahfuz Omar ini. Kasihan dia...dulu PAS selalu mengatakan ini adalah budaya UMNO tetapi sekarang ludah berkahak itulah yang dijilat oleh PAS kembali.

Cuba para pembaca fikir sejenak. Pilihanraya pun tidak tahu  lagi. Parlimen pun masih belum dibubarkan lagi. Tetapi gendang siapa calon MB Kedah sudah menjadi rebutan antara mereka. 

"Ingat harimau tua itu sudah lukaharimau yang luka selalu berdendam 
dan mencari mangsa."

Kita biarkan saja seekor harimau menjadi raja
Kalau harimau itu pun tak jujurtak ikhlas,menipu rakyat
akhirnya dia akan dijadikan harimau sarkis..


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.