Pages

Monday, January 23, 2012

KIAMAT 2012...BENARKAH IA?

2012...Tahun yang dikatakan akan berlaku Kiamat. Sememangnya banyak sudah diperbahaskan oleh cerdik pandai, ilmuwan Barat mahupun Timur berkenaan tragedi 2012 ini.

Antaranya punca ramalannya adalah : 

1)  Pada 31 Disember 2012 akan menjadi hari berakhirnya peradaban umat manusia kali ini, dalam perhitungan kalender Maya. Sesudah itu, umat manusia akan memasuki peradaban baru total yang tidak ada hubungannya sama sekali dengan peradaban sekarang. Pada hari itu, matahari akan bergabung lagi dengan titik silang yang terbentuk akibat ekliptika (jalan matahari) dengan ekuator secara total. Saat itulah, matahari tepat berada di tengah-tengah sela sistem galaksi, atau dengan kata lain galaksi terletak di atas bumi, bagaikan membuka sebuah “Pintu Langit” saja bagi umat manusia. sumber sini



2) Planet X atau Planet Nibiru. Perlanggaran Nibiru atau tabrakan Nibiru merupakan pertemuan Bumi dengan objek planet besar (sama ada perlanggaran ataupun hampir-hampir berlanggar) yang dipercayai sesetengah pihak akan terjadi pada awal abad ke-21. sumber sini



3) Badai Matahari. Ianya ledakan gergasi angin suria, plasma isotop cahaya lain, dan medan magnet yang timbul di atas korona suria atau dilepaskan ke dalam angkasa. diumpamakan sebagai tsunami di permukaan matahari dan akan meyebabkan peningkatan suhu secara mendadak. Sehinggakan berlaku pencairan ais secara besar-besaran di kedua-kutub higga menyebabkan banjir besar akan berlaku.


Bagi pendapat MKT, samada benar atau tidak  terpulang kepada individu. Tetapi yang pastinya jika seseorang Islam itu mempercayai ramalan tersebut, maka MKT nasihatkan agar mengucap syahadah semula. Kerana apa? Kerana Rasullah s.a.w. sendiri pun tidak tahu bilakah masanya Kiamat akan terjadi. Kerana itu semua didalam rahsia Allah s.w.t. Siapalah kita hedak memandai-mandai membuat ramalan sesat ini? Bukankah Al-Quran telah menegaskan yang amalan meramal atau menilik ini jatuh hukum sebagai SYIRIK?


Wallahualam...


P/S dari MKT : Tuhan mengurniakan kita akal untuk berfikir, jadi gunalah ia sebaik mungkin...Jangan seperti penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang tidak reti menggunakan akal...hehehehe.....

No comments:

Post a Comment