.

.

Pages

KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA...

Sunday, January 15, 2012

MKT hendak memberi satu amaran kepada warga kerja jabatan-jabatan Kerajaan di Malaysia. Jika pembankang diberi peluang untuk menerajui negara, percayalah bahawa nasib kebanyakkan kakitangan tidak seindah sewaktu UMNO/BN memerintah. Kerana apa? Kerana Pakatan Rakyat telahpun menjanjikan dua perkara sebelum ditakdirkan memegang tampuk kuasa di Putrajaya. Pakatan Rakyat boleh menabur janji hatta syurga mahupun neraka kepada kita semua tetapi cuba-cubalah fikirkan sejenak risiko yang bakal mengundang jika kita alpa.

1) Anda mungkin akan diberhentikan sebelum masanya.
MKT hendak mengingatkan kembali janji-janji DAP baru-baru ini. Dimana Setiausaha Politik DAP, Tony Pua telahpun mencanangkan akan memberhentikan kebanyakkan kakitangan awam. Kononnya untuk menjimatkan kos pentadbiran. MKT hairan, adakah selama ini Kerajaan Persekutuan tidak cukup untuk membayar gaji kakitangannya? Itu belum dikira kenaikan pada setiap tahun. Jadi, waraskah kakitangan Kerajaan hendak ditamatkan semata-mata memenuhi kehendak nafsu DAP?
2) Nikmat kenaikan gaji atau elaun seperti skim SBPA akan berkubur dengan sendirinya.
MKT yakin yang Pakatan Rakyat akan memansuhkan skim SBPA apabila berkuasa kelak. Ini adalah kerana skim tersebut adalah  dari ilham Kerajaan yang pastinya ilham dari UMNO/BN. Selalunya apa sahaja pembaharuan di bekas-bekas negeri BN dahulu dimansuhkan. Atas alasan tidak relevan. Jadi secara tidak langsungnya, adakah skim ini juga akan dilaksanakan jika Pakatan memerintah nanti? Seingat MKT, didalam buku Kitab Suci Pakatan Rakyat, Buku Jingga, tidak pula terdapat penambahbaikkan skim gaji kakitangan Kerajaan. Jika ada, sila buktikan...

Jika ini berlaku, pada siapakah kakitangan awam ini akan mengadu? Bukankah kepada UMNO/BN juga ker? Meminta pertolongan walhal tangan itulah yang memangkah untuk menyokong Pakatan Rakyat. Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak pangkah, alamat sengsara selama sepenggal ataupun lebih lama lagi.

PANGKAHLAH KEPADA YANG BENAR-BENAR MENGAMBIL BERAT
 TENTANG NASIB KITA
BUKAN PANGKAH KEPADA PARTI YANG PANDAI 
BUAT JANJI SAHAJA

2 ulasan:

Anonymous said...

SBPA mansuh pun tak per hanya menguntungkan golongan atasan saja... yang bawah ni dapat kuah jer.....Aperpun tunggu semakan semula kalau menarik dan aku puas hati undi aku dan ahli keluarga aku untuk BN kalau tak menarik sorry ler nak undi BN lagi....

Anonymous said...

terbaeekkk ...

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.