Kerajaan PAS Kedah sering memukul canang di setiap daerah, malahan seluruh negara mengatakan yang parti mereka adalah parti yang memperjuangkan Islam yang sebenarnya dan telus.
Benarkah begitu dakwaannya? Mungkin ianya adalah sekadar indah khabar dari rupa...?
MKT mengajak rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Kedah amnya berfikir sejenak akan kebenaran ini..
PAS SEBENARNYA SIFAR DALAM SERBA SERBI
1) Kerajaan PAS selama ini mendakwa yang kononnya pemerintahan mereka adalah berteraskan integriti tetapi mengapa tidak sampai sepenggal memerintah, bangunan kebanggaan Alor Setar yakni Bangunan MBAS telah terlelong? Bagaimana dengan congak politik integriti PAS selama ini? Islam mengajar begitukah caranya mentadbir negara?
2) Didalam buku Kedah Sejahtera, telah menyebut yang MB Kedah telah keluar negara sebanyak 3 kali dalam 3 tahun, Hebat!..Memang hebat. Tetapi penulis buku itu lupa pula menceritakan berapa kalikah barisan exco-exco Kedah telah keluar negara dalam jangkamasa setahun. Sayang jika MB telah mengamalkan jimat cermat tetapi barisan Exconya pula mencalarkannya....hehehe. Integriti ke namanya itu?
3) Sudah hampir sepenggal memerintah Kedah tetapi sayangnya semangat patriotisme tiada didalam dada setiap pemimpin PAS. Didada juak-juak PAS lagilah tiada. Hampas terus...hehehehe. Sukacita MKT hendak mengimbau kembali semangat para-para pejuang Islam dahulukala. Dimana bermati-matian mempertahankan bendera negaranya. Sanggup pertaruhkan nyawa. Tetapi sayangnya PAS Kedah gamak membiarkan Jalur Gemilang kebanggaan negara koyak rabak, lusuh dan buruk. Hatta nak buat kain buruk pun tidak sanggup rasanya. Hebatnya integriti ala PAS selama ini.
4) Isu Madrasah Salihiah pula dilihat sebagai salah satu cara PAS Kedah hendak memperbodohkan rakyat Kedah secara keseluruhannya. Hehehee....Sepanjang MKT hidup tidak pernah pula MKT terbaca mahupun terdengar bangunan kompleks dimana-mana negeri tiada kemudahan tempat solat. Tidak terlepas juga Kompleks Tunku Yaakob ini. Sudah semestinya akan dibina tempat solat. TEMPAT SOLAT INILAH YANG DIJADIKAN GALANG GANTI MADRASAH SALIHIAH YANG AKAN DIROBOHKAN ITU. Integritikah itu? Sepatutnya Madrasah itu digantikan dengan Madrasah juga. Atau lebih afdal lagi, dibinanya Masjid. Bukannya tempat solat....
PAS BUKANNYA PARTI ISLAM YANG TULEN
PAS HANYA PERALATKAN AGAMA DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT
AGAMA BAGI PAS ADALAH BONEKA SAHAJA
No comments:
Post a Comment