Jabatan Pertahanan Awam Malaysia adalah tulang belakang kepada keselamatan negara. Tetapi apabila tugas-tugas hakiki Jabatan telah disalah gunakan oleh pegawai atasan maka yang menanggung akibatnya adalah kakitangan bawahan.
Perihal JPAM yang kononnya telah bergotong royong membersihkan salah sebuah Markas PAS di Baling, Kedah sebenarnya telah mencalarkan kredibiliti Kementerian Dalam Negeri sebagai badan keselamatan negara. Adakah JPAM telah menukar profesionnya dari penyelamat ke tukang cuci demi sedikit habuan?
MKT berasa malu dan terhina apabila salah sebuah badan Kerajaan melakukan kerja-kerja tersebut kerana tidak sepatutnya JPAM bertindak begitu kerana ianya hanyalah sebuah MARKAS PARTI PAS.
Lainlah kiranya jika JPAM turut bersama bergotong royong atas permasalahan masyarakat seperti membersihkan kubur, surau / masjid atau lain-lain yang ada kena mengena dengan masyarakat.
Rasanya tiada pula MKT dengar atau melihat JPAM ataupun RELA bergotong royong membersihkan Markas UMNO atau komponen BN.
Nasihat MKT kepada JPAM agar teruskan integriti anda. Jangan biarkan badai politik menyusup didalam institusi yang mulia ini.
Berita selanjutnya di sini
Teruskan integriti JPAM yang sebenarnya (Gambar hiasan) |
0 ulasan:
Post a Comment