Hari ini MKT hendak menghidangkan salah satu kesilapan ajaran Islam yang cukup meluas di kalangan masyarakat Islam di dunia sekarang. Disebabkan mengikut ajaran-ajaran sesat Islam dari ulamak-ulamak yang tiada tauliah dan pengetahuan khusus, inilah akibatnya...
MKT masih ingat lagi sebuah riwayat Rasullah dimana baginda mengarahkan agar tawanan perang harus dilayan sebaik mungkin. Tetapi melihatkan video diatas, apa buktinya ulamak-ulamak yang kononnya pewaris Nabi ini mengikut sunnah Rasullah? Hatta semasa pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin pun tiada dalil mengatakan setiap tawanan perang akan dilayan sebegitu rupa.
Tujuan utama MKT siarkan video ini adalah untuk menerangkan bahawa tidak semua ulamak ataupun ustaz itu adalah Pewaris Nabi. Tidak semestinya belajar setinggi gunung pun akan digelar Guru Mursyid. Yang pentingnya, ulamak atau ustaz yang membawa gelaran Pewaris Nabi mengikut sunnah-Nya dan Al-Quran. Hatta dalam politik sekalipun. Baru Rabbul Jalil akan turut menurunkan pertolongan-Nya.
P/S MKT : Agak-agak ulamak-ulamak PAS dan ustaz-ustaz PAS itu Pewaris Nabi ker? Tiada satu buktipun menjurus ke arah itu...hehehehe
No comments:
Post a Comment