KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
Sewaktu Dr. Hassan Ali menyertai PAS, begitu hebat dia dijulang. Tetapi hanya kerana beliau cuba menegakkan Islam di Selangor, maka beliau telah ditendang oleh PAS.
P/S: Isteri Dr. Hassan Ali kira dah jadi janda ke belum?
Beliau tidak buat bai'ah ker?
begitu mudah mereka menolak org yg betul2 mahu perjuangkan Islam. skg tggu D Haron Din dan Ust Nasa pulak. depa akan dipecat bila2 masa je skg sb depa ni pun dah buat "ribut dlm cawan" tempohari...
ReplyDelete