Pages

Tuesday, January 24, 2012

GEMPAR!! SIAPAKAH GOLONGAN RUWAIBIDHAH DI MALAYSIA?...

Inilah adalah surat perjanjian diantara Kariah Jawatankuasa Madrasah dengan pihak MAIK. Pertukaran Nasir Amanah ini terjadi pada tarikh 27 JULAI 2002.


Semasa pertukaran Amanah Tanah Wakaf ini Datuk Yang Dipertua tidak membenarkan tanah ini dijual. Itu diantara syarat utama.(1 pembohongan nyata PAS Kedah)

klik sini untuk tahu lebih lanjut

Malah Madrasah Salihiah ini sepatutnya di bina 3 tingkat atau lebih kerana kedudukkannya yang strategik. Tapi cadangan MAIK bina berapa tingkat? 2 tingkat saja kan. (2 pembohongan nyata PAS Kedah)


Malah Datuk Yang Dipertua berharap Madrasah Salihiah dapat mengembangkan syiar Islam dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Namun sehingga tanah dijual dan hingga kini ia tiada usaha dari MAIK.(3 pembohongan nyata PAS Kedah)

Untuk pengetahuan para pembaca, selama 10 tahun MAIK memegang amanah di Madrasah Salihiah, selama itu jugalah tidak pernah MAIK datang membayar duit seliaan, air dan letrik. Semuanya di tanggung oleh kariah jawatankuasa.

Duit seliaan diambil dari sewa syarikat Insuran Takaful. Kiranya selama ini Madrasah Salihiah hidup bergantung kepada sewa syarikat Insuran. MAIK yang diamanahkan, tidak pernah ambil peduli pun. Mungkin atas sebab demikian pemaju telah mengeluarkan satu surat supaya pemilik syarikat Insuran Takaful mengosongkan premisnya dengan segera. 

Al-Ruwaibidhah adalah satu golongan yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w. akan kemunculannya menjelang kiamat. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidhah. Parasahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidhah?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” 

P/S dari MKT :  Sememangnya juak-juak Pakatan Rakyat adalah terdiri dari golongan Ruwaibidoh. PAS Kedah pula kaki temberang rakyat tak habis-habis...






No comments:

Post a Comment