Pages

Wednesday, January 18, 2012

FITNAH TERBARU DARI LANGKAWI

MKT hendak mengulas satu artikel dari satu blog pro -pembangkang yang mewakili daerah Langkawi, Kedah. Didalamnya blogger tersebut menulis bahawa pada 24hb Disember 2011 yang lalu, ada sekatan jalan telah dilakukan oleh pihak Tanjung Rhu Land yang tidak membenarkan orang awam melalui jalan tersebut. Ini disebabkan ada pengusaha-pengusaha bot di sana telah menebang pokok-pokok disana untuk dibinakan sebuah kedai dua tingkat TANPA persetujuan dari pemilik tanah. Sememangnya peruntukkan itu telah disumbangkan oleh YB Ahli Parlimen, Datuk Paduka Abu Bakar Taib tetapi yang menjadi salahnya para pengusaha-pengusaha itu tidak meminta kebenaran dari pemilik tanah iaitu Tan Sri Tajuddin Ramli.

Sudah terang lagi bersuluh, tertera perkataan TANPA, mengapa hendak memandai-mandai pula? Yang MKT tidak tahan sangat apabila Kerajaan juga yang disalahkan. Walhal itu tanah sudah menjadi hak milik orang. Dasar otak sempit..

Selepas itu dijaja pula kisah lama dimana era Langkawi baru hendak dibangunkan. 
Pada awal tahun 1980-an, dalam apa yang kemudian salah satu daripada bahagian-bahagian yang paling indah Langkawi, satu kawasan yang dipanggil Tanjung Rhu, Mahathir meminta sebuah syarikat yang dikenali sebagai Kaedah Progresif (Promet) untuk mewujudkan sebuah resort fantasi yang akan termasuk padang golf 18-lubang, gelombang lagun buatan, kolam renang luas dan banyak pemesongan lain. Penyokong projek yang diisytiharkan bahawa ia akan mewujudkan 10,000 pekerjaan dan membawa masuk $ 400 juta dalam perbelanjaan pelancong menjelang tahun 1991. Kira-kira 70 keluarga menjual tanah mereka kepada kerajaan negeri ini melalui PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, kemudian usaha sama dengan PROMET untuk dimajukan projek fantasi tersebut. 

Kemudian projek tersebut terbengkalai kerana pemaju mengalami masalah kewangan yang tenat dan pada waktu itu, Tanjung Rhu kelihatan seperti ia telah dilanggar oleh bom. Jika sekali terdapat hutan bakau, blok konkrit terletak di paya berlumpur. Atap zink berkarat terletak dipintal dalam timbunan antara rumpai, kering dan berduri. Ia berlaku sekitar tahun 1987, apabila sokongan kewangan untuk projek Promet juga gagal diperolehi. Kemudian promet telah menjual Harta tanah kepada Idris Hydrolic Berhad yang mana syarikat ini juga gagal untuk memajukan projek tersebut dan akhirnya di jual kepada pemilik sekarang Tanjung Rhu Land Berhad dikuasai oleh usahawan terkemuka TS Tajudin Ramli.
Aduhh...lihatlah para pembaca semua, bagaimana mentaliti sebenar blogger pembangkang. Bekas Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammed bercadang mendirikan sebuah resort. Dan itu adalah wawasan PM demi hendak melihat kawasan itu membangun tetapi sayangnya selepas itu projek dibawah kendalian swasta itu telah gagal. Jadi mengapa Kerajaan yang disalahkan juga? Adakah orang kampung tidak dibayar harga tanah tersebut? Tidak, malahan ada yang sudah senang lenang atas hasil jualan tanah itu. Jangan hendak samakan harga tanah sekarang dengan harga tanah pada tahun 80-an dahulu. MKT rasa penulis blog itupun tidak tahu yang Langkawi akan jadi sebegitu mahal pada masa sekarang. 

P/S dari MKT : Sedarlah sikit wahai penduduk-penduduk Langkawi. Jika tidak kerana UMNO bangunkan pulau tersebut, masakan korang akan merasa bersenang lenang sebegini? Harapkan kepada Pakatan Rakyat?...hehehehe...harapan yang akan tinggal harapan....







No comments:

Post a Comment