Terserlah lagi pembohongan Pakatan Rakyat kepada rakyat apabila salah seorang pemimpinnya berjaya menipu rakyat (geng-geng Pakatan ja) mengenai hutang Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran mereka.
Soal penipuan ini sebenarnya acapkali didendangkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan para penarinya (juak-juak Pakatan) terus juga menari walaupun ternyata lagu itu sumbang.
Dari pemimpin tertinggi Pakatan hingga ke juak-juak Pakatan semuanya pembohong. Tiada satupun isu yang diketengahkan adalah benar. Hanya sekadar cakap dengar terus dedahkan. Tidak disiasat terlebih dahulu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disarankan agar tidak memalukan dirinya sendiri lantara menyebarkan dakwaan menyatakan kononnya beliau telah berjaya melangsaikan hutang Kerajaan Negeri itu sebanyak RM630 juta kepada Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, Guan Eng sebenarnya tidak pun membayar hutang tersebut sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum ini dan menjelaskan bahawa hutang tersebut hanya dialihkan kembali kepada Kerajaan Pusat.
Menurutnya lagi, hutang sebanyak RM630 juta itu telah diambil alih Kerajaan Pusat ekoran satu perjanjian berhubung penyusunan semula sistem bekalan air di negeri itu yang dibuat sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang pada Mac 2008.
Penyusunan semula itu menetapkan kerajaan negeri perlu membayar faedah sewaan bekalan air sebanyak RM14.6 juta setahun bagi tempoh 45 tahun. klik sini
Itu baru satu kepala parti iaitu DAP buat kenyataan...belum lagi mendengar kenyataan pembohongan dari PKR dan PAS.
P/S dari MKT : Sememangnya mereka dilahirkan untuk berbohong...Tetapi yang lagi teruk apabila para penyokong Pakatan membiarkan diri mereka terus dibohong...dan percaya pulak tu....hehehehe
No comments:
Post a Comment