.

.

Pages

BAWAH KUTIP DERMA..ATAS PERABIH DERMA...SABOR JE LAH...

Friday, January 27, 2012


Hehehe....kira hebat nasib Mahfuz ni...hari tu MKT dan rakan-rakan dedahkan Mahfuz ini bakal meggantikan Menteri Besar Kedah PAS iaitu Uztaz Azizan. Tetapi nampak gayanya pangkat beliau telah naik lagi jika dapat menawan Malaysia. 


Bakal Menteri Dalam Negeri Malaysia iaitu Azmin Ali telah melantik Mahfuz sebagai Menteri Luar di dalam kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Berjawatan sebagai ahli Parlimen Pokok Sena tetapi kerja mengalahkan Menteri Luar yang tulen...bak kata rakan MKT beliau kena pergi training dahulu sebelum memegang jawatan sebenar. 

Persoalan yang timbul, atas dasar apa beliau telah keluar negara walhal beliau bukanlah seorang berportfolio Menteri? Pergi makan angin atau memburukkan negara di luar negara? Dari duit manakah perbelanjaan beliau gunakan? Atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen tidak mungkin kerana banyak juga negara-negara yang telah beliau lawati.


MKT yakin selepas pendedahan ini ramai juak-juak PR akan memaki hamun MKT. Mengatakan MKT ni buat fitnah la, tohmahan la. Dan tidak lupa juga dengan mengaitkan menteri-menteri UMNO/BN yang juga keluar negara. Alasan lapok juak-juak PR....

P/S dari MKT : Menteri-menteri UMNO/BN keluar negara atas dasar menarik pelabur datang ke negara kita. Tetapi berapa banyakkah pelabur yang Mahfuz telah berjaya tarik untuk pelaburan ke negeri Kedah?

1 ulasan:

Anonymous said...

mahfuz pi makan angin, tu la kata kat BN, last2 depa jugak yg pi oversea bercuti; samala mcm nik aziz pi hj org sponsor

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.