“Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, 24 Januari 1999.
Bagaimana pula dengan hadis ini? Adakah Nik Aziz telepas pandang atau buat-buat tidak pandang langsung?
Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!"
riwayat Abu Zar r.a
Bagaimana pula dengan Amanat Haji Hadi sebelum ini?
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Lupakah Nik Aziz dan Hadi Awang kepada Amanat Arwah Tuan Haji Fadzil Noor? Seorang haba Allah yang dahulunya mereka sanjung sebagai Presiden PAS?
Kata tidak mahu bergabung dengan bangsa kafir tetapi pada hari ini, sudah lain temponya. Demi ketagihan undi dari bangsa kafir ini....hehehehe
P/S dari MKT : Piiirrraaahhhh.....Cakap tidak serupa bikin punya pemimpin.
No comments:
Post a Comment