Pages

Saturday, December 31, 2011

KENALILAH TIGA PENJAHANAM AGAMA, BANGSA DAN NEGARA






















DAP...sebuah parti politik rasis yang cukup terkenal di Malaysia hinggakan sebilangan besar anak-anak muda berbangsa Cina telah beralih kesetiaan mereka terhadap negara Malaysia. Niat utamanya untuk menghapuskan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Disamping itu hendak menjadikan negara ini sebuah republik. Parti ini juga tidak pernah berjasa di dalam proses Kemerdekaan Negara tetapi berniat untuk mengambil alih negara. Kebanyakkan orang Melayu yang menjadi penyokong tegar DAP adalah terdiri daripada Melayu berfahaman Sosialis. 

Parti Keadilan Rakyat atau PKR adalah sebuah parti baru yang agenda utamanya adalah untuk perjuangan seorang manusia 'Anugerah Tuhan' iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keadilan yang dilaung-laungkan adalah bersifat hipokrit atau berpura-pura. Maksudnya keadilan adalah bukan hak milik setiap individu Malaysia tetapi khusus untuk penyokng PKR sahaja. Adilkah itu?
PKR adalah sebuah parti sisa-sisa UMNO dalam ertikata yang lain sebuah parti tempat buangan pemimpin sisa UMNO. Ini sudah terbukti kebanyakkan pemimpin UMNO/BN yang berputus asa telah bertindak menyertai PKR. Atas alasan tiada ruang untuk berjuang. Eh? Jika berjuang, tidak akan wujud erti putus asa, betul tak?













Parti yang terakhir iaitu parti Parti Islam Semalaysia atau PAS. Ianya adalah parti pembangkang yang cukup lama bertahan. Jika diikutkan umurnya sudah hampir 50 tahun penubuhannya. Selalunya semakin lama hidup semakin berpengalaman hidupnya. Berlainan pula dengan parti PAS ini. Semakin lama hidup semakin nyanyuk. Demi inginkan kuasa dan mengalahkan UMNO, PAS sanggup bergabung dengan kedua-dua parti diatas yang dahulunya dilabel kafir dan macam-macam lagi. Siap sanggup bergadai nyawa demi kepentingan nafsu serakah pemimpin atasannya. Pergunakan Islam untuk agenda politik yang sempit. Dari Amanat Haji Hadi hingga ke sekarang, pelbagai usaha permainkan ayat-ayat agama demi mencapai matlamat parti walaupun ianya menelanjangkan  agama Islam.

LINGKUPLAH NEGARA JIKA
   3 JAHANAM INI MEMERINTAH MALAYSIA










2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete