Bersamaan 17hb Disember 2011, ada program ceramah (pembohongan) PAS telah diadakan di Markas PAS Bayas, Langkawi. Antara penceramahnya adalah :
2) Ust. Badrul Amin
3) Che gu Bard
Dihadiri lebih kurang 50 orang pengikut tegar dan baki 200 orang adalah pemerhati-pemerhati. (termasuk MKT)
1) Menyamakan pergolakkan di Asia Barat dengan Malaysia.
Jawapan MKT : Sama ker? Adakah pemimpin-pemimpin Malaysia sekarang menggunakan Akta Darurat pada masa ini? Berapa ramai ahli-ahli pembangkang yang sudah dibunuh oleh Kerajaan?
2) Jika kesemua 8 tuntutan BERSIH 2.0 tidak ditunaikan pada PRU ke 13 nanti, maka BERSIH 3.0 akan diistiharkan.
Jawapan MKT : Hehehe....jika SPR tak laksana kelapan-lapan Tuntutan BERSIH 2.0 tetapi Pakatan Rakyat menang, apa pula ceritanya? Jangan jadi munafik la ustaz....
Ini yang paling 'best' isunya...
3) Mengangkat martabat si Anwar Ibrahim hingga setaraf pemimpin Agung yang boleh menyatukan ummah. Ini adalah kerana Anwar berkebolehan dan menjadi penasihat-penasihat negara-negara Islam dan beliau juga bersahabat dengan Sheikhul Islam Yusof Qardhawi.
Jawapan MKT :
i) Jika Anwar dilihat sebagai pemimpin Agung dimana mampu menyatukan ummah maka samalah beliau dengan Sai Baba. Tiada bezanya pun. Sai Baba pun diiktiraf pengikut-pengikutnya sebagai penyatu ummah.
ii) Penasihat-penasihat negara Islam? Sila jelaskan negara Islam yang mana menerima nasihat Anwar? Persoalan yang paling utama, adakah pemimpin negara itu ikut akan nasihat ' LOSER ' ini?
iii) Bersahabat dengan Sheikhul Islam Yusof Qardhawi? Sememangnya. Sebab beliau akan menerima sesiapa sahaja sebagai sahabat kerana beliau yakin dengan hadis Nabi iaitu 'Setiap Muslim adalah saudaramu'. Hehehehe...MKT pun boleh mengaku yang Sheikhul Islam itu adalah saudara MKT..
Sai Anwar Baba Al-Jubury |
Sai Baba |
Sudah-sudahlah Dr..hentikan lah permainan kamu hendak mengkucar-kacirkan negara ini. Berpolitik itu, biarlah secara Islam. Bukannya di mulut kata benci Yahudi tetapi tangan melaksana segala arahan Yahudi..
salam, blog tuan sudah dipaut
ReplyDeleteTerima kasih tuan...
ReplyDelete