.

.

Pages

NAFSU SERAKAH PAKATAN RAKYAT..

Sunday, December 25, 2011


Bahaya Nafsu Dan Panjang Angan-angan
Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Jabir :
قَالَ الرَّسُوْلُ : إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَتَخَوَّفُ عَلَى أُمَّتِي الَهَوى وَطُوْلُ الأمَلِ فَأَمَّا الَهَوى فَيَصُدُّ عَنِ الحَقِّ وَأَمَّا طُوْلُ الأمَلِ فَيُنْسِئُ الآخِرَةَ وَهذِهِ الدُّنْيَا مُرْتَحِلَةٌ ذَاهِبَةٌ وَهذِهِ الآخِرَةُ مُرْتَحِلَةٌ قَادِمَةٌ وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِّنْهُمَا بَنُوْنَ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاتَكُوْنُوْا مِنْ بَنِي الدُّنْيَا فَافْعَلُوْا فَإِنَّكُمُ اليَوْمَ فِى دَارِ العَمَلِ وَلاحِسَابَ وَأَنْتُمْ غَدًا فِى دَارِ الآخِرَةِ وَلاعَمَلََ
Maksudnya : Sesungguhnya perkara yang sangat aku bimbang terrhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang cita-cita. Ini adalah kerana hawa nafsu itu menghalang daripada menerima kebenaran dan panjang cita-cita pula akan melupakan hari akhirat. Ingatlah bahawa dunia ini pada setiap saatnya berlalu pergi dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan perlahan sedangkan setiap satu-satunya ada orang yang kasih dan setia kepadanya. Jika kamu mampu agar tidak menjadi hamba dunia maka lakukanlah kerana kamu pada hari ini berada di dunia yang ada padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab sedangkan kamu pada hari esok akan berada di alam akhirat yang ada padanya hisab dan tiada lagi peluang bagi berbuat sebarang amal.
Hadis ini khas MKT tujukan kepada golongan-golongan PAS. Hentikanlah angan-angan kosong anda kerana tiada gunanya. Putrajaya terlalu jauh untuk parti jumud korang hendak mendakapnya...
Kerana yang benar-benar akan mendakapnya adalah DAP... Sedarlah juak-juak PAS. 
Hassan Ali korang dah tendang, Nasaharuddin Md Isa korang cantas...dan banyak lagi tokoh-tokoh hebat dah ditendangnya...hehehe. Agak-agak akan jadi kenyataan ker hasrat korang itu?
Liabiliti bagi PAS?
Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:
…. وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ
Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya





0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.