.

.

Pages

Sunday, December 11, 2011

MAKNA ASSOBIYAH

Apa makna assobiyah sebenarnya ni?


Asabiyah merujuk kepada sikap fanatik kepada sesuatu puak atau bangsa secara melampau sehingga menjangkau batasan pemikiran yang waras dan batasan agama. Sikap fanatik kepada bangsa atau puak yang merupakan fitrah semulajadi manusia sebenarnya sudah wujud bersama kewujudan manusia di bumi ini. Sebelum kedatangan Islam, umat manusia berada di dalam keadaan berpecah-belah dan hanya terikat di antara mereka dengan semangat kesukuan, kepuakan atau asabiyah. Perkauman itu pula terbahagi kepada beberapa fahaman etnik, puak dan juga kabilah seperti Aus dan Khazraj di Madinah, Bani ‘Adnan dan Bani Qahtan di Semenanjung Tanah Arab, golongan Asyuriyyin di Iraq dan Lubnan dan bangsa Barbar di Maghribi.


Sudah jelas...Apa yang Rasullah lakukan semasa tiba di Madinah selepas Hijrah baginda dari Mekah ke Madinah? Satukan Aus dan Khazraj dahulu. Bukannya laksana hukum Hudud.


Dengan keterangan diatas, maka kesimpulannya UMNO bukanlah sebuah parti assobiyah...sebab UMNO tidak fanatik kepada bangsanya. UMNO cuma mempertahankan bangsanya. Itu bukannya salah...



0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.