.

.

Pages

JAWAPAN KEPADA KENAIKAN HARGA PETROL

Friday, December 9, 2011


Sebelum itu MKT hendak bertanya kepada rakyat Malaysia. Siapakah yang menaikkan harga minyak? PETRONAS atau Kerajaan atau Yahudi? 

Bagaimana pula denga SHELL, ESSO, CALTEX? Mereka ini bukan syarikat minyak ke? 

Untuk makluman, 77% dari keuntungan PETRONAS dikembalikan kepada kerajaan, hanya 23% sahaja PETRONAS ambik. 77% yang diberi pada kerajaan terpulanglah kepada kerajaan dia nak buat apa2 pun.

Jadi apa yang berlaku sekarang, minyak naik, barang naik itu urusan kerajaan yang memerintah sekarang. Jika anda berdaftar dengar SPR anda layak memilih siapa yang anda mahu untuk menguruskan 77% tu. Kalau anda salah pilih jangan PETRONAS disalahkan. 

Tahu tak peranan kerajaan, kita pilih supaya dia orang ni menguruskan hasil maksul bumi Malaysia ni dengan berhemah. Kalau tidak betul pengurusannya, tuan-tuan tahulah apa yang perlu dilakukan. Perbanyakkan membaca berita, surat khabar, media yang menyumbangkan maklumat yang tepat dan bernilai.

Untuk makluman anda juga, Contoh harga minyak mentah gred A USD300 setong, lepas proses jadi petrol USD600 setong, tolakkan USD600 dengan USD300, jawapannya USD300 itulah untungnya. 

Bandingkan pula minyak mentah gred C dibeli dengan harga murah USD100 setong, lepas proses jadi petrol harganya sama USD600 setong juga, cuba tolak USD600 dengan USD100, jawapannya USD500, nampak ke x perbezaannya? 

Walaupun nak memprosesnya leceh tapi pulangan lumayan. Keuntungannya PETRONAS kembalikan kepada Kerajaan Malaysia untuk buat sekolah, gaji kakitangan kerajaan, jalanraya , infrastruktur untuk keselesaan rakyat dan sebagainya.

Berapa banyak untung jual minyak mentah dari telaga di Malaysia ni? Sumber keuntungan PETRONAS adalah banyak dari perniagaan dan pelaburannya di luar negara.

Hendak proses minyak apanya kat sini? Sumber sudah hampir habis. Kena lah beli minyak mentah dari luar untuk kesinambungan operasi pengeluaran minyak PETRONAS. 

Kalau nak bercerita amatlah panjang, MKT cuma ingin mengajak anda sama-sama berfikir, renungkan dan fahamkan. Janganlah kerana nyamuk seekor, satu kelambu dibakar habis. 

Anda rakyat Malaysia. Negara Malaysia adalah negara anda. Di sini anda lahir, membesar dan mungkin berkubur. 

Setiap pembelian RM10.00 minyak PETRONAS, ia bererti anda menyumbangkan RM 7.70 sen kepada negara, RM 2.30 kepada PETRONAS. Kalau anda sayangkan keluarga, generasi dan negara anda, fikirlah sekali lagi. Semoga penjelasan ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada anda. 

Isteri TGNA
Jika ini pun tidak dapat melunakkan hati kalian, apa kata pakat-pakat pi minta kepada TGNA supaya arahkan isterinya untuk turunkan harga petrol di stesen minyak PETRONAS milik isterinya di Kelantan. 

Ada berani ker? Kutuk2 PETRONAS tapi bila hendak buat bisnes jilat gak balik  ludahnya...heheheh. 

Renung2kanlah...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.