FAKTA MAT SABU DAN KOMUNIS
Mat Sabu cakap pengganas Komunis yang membunuh 25 anggota polis & keluarga mereka di Balai Bukit Kepong sebagai wira sebenar sebab semua anggota polis ini bekerja dengan penjajah British . Nampak sangat Mat Sabu sanggup bela pengganas komunis yang majoriti Cina daripada bela anggota polis & keluarga mereka yang terkorban yang semuanya berbangsa Melayu .
Hakikatnya...
Jadi di sini fakta sejarah yang di bawa oleh Mat Sabu adalah tidak benar jika menganggap PKM adalah pejuang kemerdekaan. Sekiranya Mat Indera pada mulanya bercadang untuk menangkap "beberapa anggota Polis yang mabuk dan berjudi", Niat Mat Indera yang mungkin pada itu untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu bagi menentang Inggeris, beliau juga telah disabotaj dan dipermainkan serta dijadikan kuda tunggangan oleh PKM mealui Komisar Komunis berbangsa Cina yang mengeluarkan printah membunuh bukan hanya anggota-anggota Polis malah isteri dan anak-anak anggota-anggota Polis tersebut secara kejam.
Datuk Seri Haji Hadi Awang juga tersilap dengan menyatakan perjuangan kemerdekaan oleh Mat Indera dengan dan bersama PKM seperti perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W ketika Baginda menawan Mekah kerana tidak sekali-kali menjadi aturcara peperangan Rasulullah S.A.W membunuh kaum wanita, orang tua, dan kanak-kanak. Janganlah pula Datuk Seri Haji Hadi Awang mengambil sejarah secara suku-suku, boleh terjadi kepada kesimpulan seperti yang pernah beliau ucapkan di dalam "Amanat" nya dahulu. Sejarah hendaklah diteliti secara fakta dan bukannya dari kaca mata politik.
TAHUKAH ANDA!
0 ulasan:
Post a Comment