HUDUD...Menjelma lagi dalam tahun ini. Tahun dimana diwar-warkan Pilihanraya Umum Malaysia. Seperti yang sedia maklum, PAS akan berkumandang lagi irama hudud seperti yang masa lalu. Pernahkah anda semua terfikir?
TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA YANG MENOLAK HUKUM HUDUD INI. Diulangi..TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA YANG MENOLAK HUKUM HUDUD INI.
YANG KAMI TOLAK ADALAH HUDUD VERSI PAS
Sebab
Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.
Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua
undang-undang hudud itu?
Bughah
mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan
menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil
yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal
122)
Bughah
mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan
umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri
yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun
Jinayah Syariyyah, hal 129)
Draf
Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.
Ini
kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan
dalam surat Dr.Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan:
1. Jalan
yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang
terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah
sentiasa bergantung kepada kepentingan ramai (muslihat umum)”.
2.
Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan Pas di Kelantan,
menurut kajian sehingga
setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan
Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan
ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana
oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
3.
Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat
Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi
ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu Al-Quran
juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah
sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.
Kita
hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan
terhadap kita. Di
Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka
memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan
dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus
mengenai undang-undang
jenayah Pas di
Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan
sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan
berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman.
SOALANNYA
ADAKAH PARTI PAS MENGANGGAP DENGAN PELAKSANAAN HUKUM HUDUD VERSI PAS ITU MENJAMIN KEADILAN KEPADA SEMUA RAKYAT DI NEGARA INI?
APA JAMINAN PARTI PAS JIKA HUKUM ITU DISALAHGUNAKAN?
ADAKAH PARTI PAS AKAN BERTANGGUNGJAWAB?
TIDAK!
SELAMA INI PUN SETIAP KESALAHAN HATTA DARI KESILAPAN PARTI PAS
AKAN DITUJUKAN KEPADA
KERAJAAN JUGA
ADAKAH MEREKA AKAN MAHU BERTANGGUNGJAWAB?
PAS ANGKUH
PAS JUMUD
SEKARANG PELUANG UNTUK MELIHAT PELAKSANAAN HUDUD KEMBALI TERTUTUP APABILA PAS BERGABUNG DENGAN DAP
YANG TERANG-TERANG MENOLAK HUKUM ALLAH INI.
SALAH SIAPA SEBENARNYA?
No comments:
Post a Comment