.

.

Pages

Maaf...saya akui kegagalan saya...

Monday, December 19, 2011

Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 menyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat) kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.


Pada hari ini MKT hendak menulis mengenai perkara Enakmen yang dirasakan sudah dimenangi oleh PAS Kedah dalam isu hiburan negeri. 


Hingga ada juak-juak PAS mengatakan mereka bangga dengan kenyataan oleh Ustaz Azizan selaku Menteri Besar Kedah kerana berani melakukan apa yang UMNO/BN tidak berani buat sebelum ini.


Ok...MKT mengakui yang Ustaz Azizan seorang Menteri Besar yang berani dan benar. Tidaklah seperti rakan sejawatnya yang berada di negeri sebelah Timur tu.


Tetapi anda sedar atau tidak terdapat juga kelemahan di dalam pendedahan berani juak-juak PAS ini? Tentunya tidak...kerana...


1) Enakmen diatas dicipta oleh UMNO/BN pada tahun 1997 tetapi mengapa PAS yang kononnya memperjuangkan bahawa UMNO/BN ini menggunakan undang-undang penjajah, masih lagi ke tidak merasa malu dengan menggunakannya?Dimana undang-undang Islam yang selalu dilaungkan oleh PAS di kebanyakkan ceramah (pembohongan) PAS? 


2) Tidak dinafikan bahawa semasa pemerintahan UMNO/BN dahulunya terdapat banyak pusat-pusat hiburan HARAM di Kedah tetapi mengapa PAS Kedah tidak berusaha untuk menutupnya? Sebaliknya memberi permit pula kepada pusat-pusat hiburan haram ini? Hendak mengHALALkannya pula ke?


3) Adakah juak-juak PAS sudah lupa bagaimana pula dengan situasi hiburan di Pulau Langkawi? Jelas-jelas berhibur di saat azan Zohor hingga Isyak berkumandang? Adakah PAS Kedah lupa hendak buat surat amaran?http://mkedah.blogspot.com/2011/12/unit-amal-pas-kedah-semalam-lima-2011.html


4) Mengapa pula Enakmen ini hanya kepada orang Islam sahaja dan ianya tidak menyeluruh? Adakah  PAS akan meletakkan Unit Amalnya di setiap premis hiburan setiap hari?http://greenboc.blogspot.com/2011/07/isu-pusat-hiburan-di-kedah-tiada.html


MKT rasa cukup lah kot beri 4 sebab agar juak-juak PAS tidak merasa gah atau hebat sangat. Walhal cakap berdegar-degar tetapi ekor bergelumang tahi...


Maka ingatlah

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم (لَيَشَرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ. يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا. يُعْزَفُ عَلَى رُءُوِسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنّيَاتِ، يَخْسِفُ اللهُ بِهِمُ الأَرْضَ. وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيِرَ 

Dari Abi Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan ada dari umatku segolongan manusia yang meminum arak dengan mereka menamakannya dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi. 



(Riwayat Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, at-Tabrani dan al-Baihaqi. Lihat; al-Jami’ as-Saghier (Imam as-Suyuti), hadis no. 7706). 

PAS BUKANNYA HENDAK MENEGAKKAN ISLAM
PAS HANYA MEMENUHI NAFSU SERAKAHNYA 
PAS ANGKUH
PAS JUMUD


















0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.