Hukuman
Hudud minum arak
Diriwayatkan
daripada Anas bin Malik r.a katanya:
“Sesungguhnya seorang lelaki yang
meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah
memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.”
Hukuman
jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis
Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam
yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat
sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke
atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga
sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata
lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman
selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan
oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara
syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah
:
1) Orang yang
sudah mukallaf
2) Dengan
kemahuan sendiri
3) Mengetahui
haram hukum meminumnya
4) Telah diakui
oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil
Kata nak laksana hukum Islam, tp mengapa galakkannya pulak...hehehehe...PAS Sejahtera...hehehehe
Renung2kan lah....
0 ulasan:
Post a Comment