.

.

Pages

HARGA FERI LANGKAWI NAIK LAGI?

Saturday, November 9, 2013


Diberitakan bahawa harga tiket istimewa yang dikecapi oleh warga Langkawi selama ini akan ditarik balik. Harga tiket yang dikenakan ke atas warga Langkawi adalah berkurangan sebanyak RM3.00 daripada harga tiket asal iaitu RM23.00 (Langkawi - Kuala Kedah) dan RM18.00 (Langkawi - Kuala Perlis)

Isu ini MKT sudah bangkitkan didalam artikel MKT yang lalu klik sini iaitu semasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Kedah. Isu ini dianggap selesai dengan amaran daripada Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pengusaha-pengusaha feri.


Tetapi dengan terpaparnya memo pemansuhan harga tiket untuk warga Langkawi pada 15hb November 2013 maka nampaknya pengusaha feri sudah berani mengengkari amaran Timbalan Perdana Menteri. Adakah kerana mereka sudah memonopoli perkhidmatan tersebut membuatkan mereka sudah besar kepala? 

Ibnu tertarik akan salah satu perenggan ucapan amaran Timbalan Perdana Menteri sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung UMNO tahun lepas, "Kalau mereka tak buat(menurunkan harga tiket), kita boleh ambil tindakan kepada konsortium feri terbabit. Dulu waktu tak ada konsortium mereka bersaing (letak harga rendah) tapi bila dah ada konsortium mereka letakkan harga. Jangan hisap darah,"

Nampaknya amaran Timbalan Perdana Menteri tidak lagi dipandang sebagai satu ancaman malahan mereka berani pula mengulangi desakan mereka untuk menarik kembali harga tiket istimewa.


Menurut surat diatas, Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Laut telah membenarkan kenaikan harga tiket kepada pengusaha-pengusaha feri TETAPI telah memberikan satu kadar tambang istimewa untuk penduduk-penduduk Langkawi.

Oleh yang demikian tindakan pengusaha-pengusaha feri diibaratkan cuba bermain api dengan pihak Kerajaan dan penduduk Langkawi secara amnya.

Disebabkan demikian hasil usaha pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Langkawi telah menganjurkan satu himpunan membantah penarikan tambang istimewa bertempat di Jeti Kuah pada 9hb November 2013.

Persoalan UTAMAnya adalah kenapa Kementerian Pengangkutan begitu mudah meluluskan permohonan kenaikan ini TANPA merujuk kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Langkawi terlebih dahulu? 

Ada desas desus menyatakan ini adalah disebabkan faktor dendam. Dendam kerana semasa pemilihan UMNO baru-baru ini, Menteri Kementerian tersebut TIDAK mendapat satu undi pun daripada wakil-wakil Langkawi. Jika ini benar, Ibnu berpendapat amat tidak wajar tindakannya kerana ianya mampu membuatkan rakyat bertambah benci kepada pihak Kerajaan.

Wallahua'lam...

Ada pula sesetengah pihak beranggapan penarikan balik harga istimewa ini tidak akan menjadi masalah kepada penduduk Langkawi. Alasan meraka mudah. Kenaikan harga minyak dan gula boleh diterima, adalah mustahil kenaikan harga tiket sebanyak RM3.00 akan menjadi beban pula.

Tetapi berlainan pula dengan pendapat Ibnu. Kenaikan harga minyak dan gula adalah disebabkan pihak Kerajaan mahu mengelakkan subsidi yang disalah beri kepada BUKAN golongan sasaran.

Jadi penarikan harga tiket ini adalah tidak relevan kerana setiap pengusaha pengangkutan akan diberikan subsidi terus. Jadi mana mungkin akan berlaku kerugian diatas faktor minyak? Ianya adalah alasan untuk mengaburi sifat TAMAK golongan pengusaha feri sebenarnya.

Dan untuk kesekian kalinya warga penduduk Langkawi ditipu oleh pengusaha feri dengan menggunakan alasan diatas.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.