.

.

Pages

DITUTUP!!

Wednesday, November 13, 2013


Ibnu terdengar berita yang agak menyedihkan iaitu Institut Pengajian Islam Negeri Perlis akan ditutup pada 31hb Disember 2013 oleh sebab masalah kewangan yang kritikal. 

Pusat pengajian ini adalah milik penuh Kerajaan Negeri Perlis dan Yayasan Islam Perlis dan ianya agak melucukan bilamana pusat pengajian ini bakal ditutup operasinya atas alasan kewangan.


Papan Tanda yang sudah usang dan buruk.
Inikah imej sebuah Pusat Pengajian Islam sebenarnya?

Pensyarah dan kakitangan diberhentikan, pelajar dipinta untuk mencari pusat pengajian yang lain. Tidakkah ianya akan menjadi satu isu politik murahan kepada pembangkang?

Dimanakah kredibiliti Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO terlepas pandang akan kemelut yang dihadapi oleh pusat pengajian ini?

Tidakkah ianya akan menjadi buah mulut orang terutamanya pihak pembangkang mempertikaikan tindakan Kerajaan Persekutuan kepada sekolah vernakular, yang diberikan pelbagai peruntukan dan yang terbaru di sekolah Cina di Sg. Limau sebanyak RM2 juta?

Apakah UMNO sudah lupa akan dasar perjuangan UMNO selama ini yang mahu memartabatkan agama Islam?

Pelbagai persoalan boleh ditimbulkan dan bakal menjadi isu yang boleh mengugat kekebalan UMNO di Negeri Perlis dan mungkin juga di Malaysia.

YB Datuk Zahidi b. Zainal Abidin
Ahli Parlimen Padang Besar

Ibnu juga difahamkan tindakan menyelamat telah mula digerakkan oleh Ahli Parlimen Padang Besar iaitu YB Datuk Zahidi bin Zainal Abidin untuk mengelakkan pusat pengajian ini ditutup.

Pada pendapat Ibnu, Kerajaan Negeri Perlis harus berusaha memohon campur tangan daripada pihak Kementerian Pelajaran untuk turut membantu daripada membiarkan sahaja pusat itu ditutup.

Bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri Perlis juga harus meminta bantuan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Dato' Seri Shahidan Kassim dan Dato' Seri Jamil Khir. 

Ini adalah kerana Ibnu difahamkan Kerajaan Negeri Perlis mengalami masalah kewangan yang agak teruk dan bantuan daripada Kerajaan Pusat amatlah diperlukan.


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.