.

.

Pages

PEMBELOTAN KAKITANGAN AWAM, PERLUKAH KITA MENYIMPANNYA LAGI?

Wednesday, May 15, 2013


Rasanya belum terlambat lagi MKT mengucapkan tahniah untuk kesekian kalinya kepada Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib kerana berjaya mengekalkan pentadbiran dan kuasa di negara yang tercinta ini.

Walaupun undian popular berpihak kepada pembangkang tetapi undian popular BUKANLAH penentu kepada siapa yang harus memegang tampuk pemerintahan di negara yang mengamalkan demokrasi.


Harus diingatkan juga, kemerosotan undi kepada Barisan Nasional juga adalah berpunca daripada hilangnya sokongan kaum Cina dan cubaan merubah angin oleh kakitangan Kerajaan baik diperingkat Pusat mahupun di peringkat Negeri.

MKT lebih berminat hendak menumpukan topik perbincangan berkenaan cubaan merubah angin oleh kebanyakkan kakitangan Kerajaan.


Apabila Husam Musa dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya, ramai yang bersorak hebat terutama sekali para penyokong PAS. Mereka menggambarkan yang Husam Musa akan menjadi ahli dan pemimpin PAS pertama yang dapat mengalahkan UMNO di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

Namun keputusan PRU13 tidak berpihak kepada Husam Musa. Beliau telah berjaya dikalahkan oleh penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Walaupun sebelum ini didedahkan bagaimana Husam Musa menggunakan kekuatan jentera-jentera PAS dari kawasan-kawasan berhampiran, termasuklah mengimport awang-awang gedebe dari Kelantan serta ditempatkan di homestay yang amat selesa, namun ada perkara lain sebenarnya yang menjadi persoalan.

Husam Musa dilihat bekerja lebih 'bijak' dengan menggunakan orang dalam atau lebih tepat lagi, pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bekerja di Putrajaya.

Adalah difahamkan jentera Husam Musa mempunyai kaedah gerakan yang cukup hebat. Mereka mempunyai maklumat yang sangat lengkap sehinggakan sekolah anak kepada kakitangan awam pun mereka mempunyai butirannya. Bahkan lebih menarik lagi ialah data-data atau perincian berhubung pinjaman perumahan kakitangan awam, pinjaman ANGKASA, Bank Rakyat dan segala macam perincian yang lain juga mereka ada.

Perincian-perincian tersebut digunakan oleh Husam Musa untuk mencucuk jarum hasutan yang paling halus ketika berkempen bagi memenangkan dirinya.

Berdasarkan maklumat, perincian-perincian tersebut telah DISERAHKAN SECARA SUKARELA oleh pimpinan kanan kakitangan awam yang sememangnya merupakan ahli PAS atau PKR.

Pendedahan butiran dan pembocoran maklumat awam sebenarnya adalah satu kesalahan besar di negara ini. Bagaimanapun, sehingga sekarang, belum ada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka.

Ini bukan cerita politik dan ini juga bukan cerita partisan. Sebaliknya ia melibatkan kakitangan awam yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Kalau perincian tentang kawan-kawan mereka boleh didedahkan kepada pihak yang memunculkan perasaan simpati dan kecenderungan mereka, bayangkanlah sekiranya pihak musuh asing pula berjaya melembutkan hati mereka.

Menyimpan puak-puak pengkhianat ini di dalam perkhidmatan awam, hanya akan membuatkan negara semakin porak-peranda. Kita telah dapat melihat bagaimana kakitangan awam gagal menjalankan fungsi dan dasar-dasar kerajaan menerusi pelbagai kerenah birokrasi dan sebagainya, tetapi yang dipersalahkan adalah kerajaan. 

Kakitangan awam yang amat mudah menerima rasuah, tetapi kerajaan pula yang dikatakan pengamal rasuah. Kakitangan awam yang seleweng, tetapi pihak Kerajaan pula yang dituduh penyeleweng. Adilkah itu?

Seharusnya tindakan pantas dan cekap diperlukan untuk menghapuskan fenomena ini. Tidak mustahil sekiranya, sudah terlalu banyak rahsia kerajaan yang mengalir ke pihak asing dan musuh kerana sikap pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan yang melihat parti politik adalah lebih hebat daripada tugas serta tanggungjawab yang mereka diamanahkan.

Jangan seronok sangat dengan kemenangan tetapi pada masa yang sama, tidak sedar bahawa ada musuh yang sedang bersembunyi di sebalik gebar bergelar kakitangan awam.

MKT tertanya-tanya apakah tindakan drastik pihak Kerajaan BN sekarang terhadap kakitangan ini?

Inilah akibatnya bila pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (yang diberi mandat untuk pengambilan kakitangan baru) tidak menapis sehabis-habis tapis calon-calon kakitangan sebelum diserap sebagai kakitangan Kerajaan.

Bagaimanakah pihak Kerajaan hendak meneruskan setiap agenda, setiap pembangunan, setiap perancangan untuk rakyat dan dalam masa yang sama agen-agen sulit pembangkang bagaikan mensabotaj setiap yang dirancangkan oleh pihak Kerajaan?

Pada pendapat MKT, kakitangan sebegini TIDAK PERLU lagi wujud di prasarana disetiap kementerian mahupun jabatan. Kelak mereka-mereka ini akan menjadi liabiliti yang lebih besar daripada apa yang kita bayangkan.

P/S : MKT hendak bertanya, jika pekerja kita belot dengan memberi maklumat tentang rahsia perniagaan kita kepada pihak yang menjadi saingan kita, adakah kita perlu redho dengan pekerja ini?

23 ulasan:

Anonymous said...

setuju dengan ulasan saudara..

saya seorang kakitangan awam dan saya amat kecewa dengan sebilangan besar rakan2 saya di dalam jabatan kerajaan yang menyokong pembangkang..

harap2 kerajaan memandang serius perkara ni..bagi pekerjaan kepada mereka yang benar2 menyokong kerajaan..

p/s: pegawai penemuduga pun perlu disiasat habis2..mungkin ada di kalangan mereka adalah orang PAS dan PKR!

Anonymous said...

setuju... kalau nak tau boleh check dlm FB . diorang akan share cerita2 dari pembangkang

al-satuni said...

hairan, gunting dalam lipatan ni sampai bila kerajaan mau simpan? Ramai lagi org yg berjiwa UMNO-BN yang ada diluar dan layak menggantikan mdepa-depa ni......Najib kena bertegas dengan kakitangan kerajaan yg sokong pembangkang!!!

razak.sabri said...

Setuju.....pihak kerajaan perlu mencari mekanisme baru.Ini kerana jelas ramai antara kakitangan yang menyokong PR. Malah terdapat segelintir kakitangan yang cuba mensabotaj kerajaan.

Anonymous said...

saya amat bersetuju dengan ulasan di atas...di jabatan saya (di Putrajaya Parcel E)sendiri ramai bilangan dikalangan mereka adalah penyokong tegar kepada pembangkang..nak bagi nama pun boleh!!!!

Anonymous said...

Kebanyakan perasit perasit ini banyak terdapat disemua jabatan jabatan kerajaan..Mereka ini sepatutnya dikumpulkan dan dihantar bertugas kependalaman sabah ataupun pendalaman serawak...ada sesape setuju...

Anonymous said...

sekejap tadi aku ada nampak sorang manusia hipokrit laknatullah tu ... awal awal ucap tahniah pada Menteri Belia dan Sukan yg baru ... nak jaga periok nasi le tu ...

Anonymous said...

kat sekolah saya pun ramai..sedih woo..bag aku la..mereka termakan persepsi konon BN ni zalim..jahat korup...kalau dah macam tu gaji yg dia dapat tu halal ke? depa pandai pulak pusing...gaji bukan BN yang bayar..rakyat...habis tu..yang bagi naik sapa? bukan rakyat BN?

Anonymous said...

ULASAN SAUDARA AMAT TEPAT & BERNAS.
1. Jika dihalusi ramai kakitangan awam di Putrajaya berasal dr Negeri Kelantan. Penemuduka di JPM perlu diambil tindakan.
2. Ramai guru-guru terutama di kawasan bandar adalah pegkhianat kierajaan.

Anonymous said...

Aku amat setuju utk kerajaan ambil tindakan segera dlm menanggani masalah ini. Jika dibiarkan, tunggulah KEJATUHAN KERAJAAN BN!! Gunakan agen2 rahsia utk mendapat maklumat...ramai yg ikhlas akan sedia utk memberi maklumat. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat....demi Allah SWT, sebelum cina DAP dan melayu laknatullah memerintah Malaysia yg tercinta ini.

Anonymous said...

Itulah sebab terlalu manjakan sangat kakitangan awam, naikan gaji produktiviti menurun, lawan tokey. Buat ammendment segera untuk di buang kerja atau ditukarkan ke tpt pendalaman. Jangan bagi muka kat depa ni....

Anonymous said...

aku harap bagi aje nama nama mereka kepada yang berkenaan supaya mereka ini dibuang kerja atau hantar kependalaman ajar mereka erti susah dan suruh mereka kerja sendiri kita tengok bole hidup ke tidak jgn bagi muka ramai lagi diluar sana yang bole bekerja,makan gaji dengan kerajaan lepas tu gigit lak tangan yang memberi rezeki tau tak anak yang yang membesar dengan duit haram

ahli umno teger said...

kakitangan anti kerajaan mmg banyak dan bersepah di mana mana jabatan ambil tindakan sebelum terlambat kita pastikan mereka ini dibuang kerja atau hantar kependalaman

Anonymous said...

yang kononnya anti kerajaan sgt tu, kenal pasti dan hantar bertugas ke tempat lain, sama ada pedalaman atau kawasan pembangkang... bagi2 guru2 pun sama, hantar ke sekolah cina sekali.... kalau tak, berhentikan saja perkhidmatan mereka....

Anonymous said...

salam.Admin

Mohon jasa baik tuan linkkan Blog GMC ke laman baru: Http//gmc-gunungmatcincang.blogspot.com.

wassallam

Anonymous said...

Org BN : Sapa yg x sokong Bn, jgn kerja Kerajaan.
Org PAS: Sy x semayang masjid itu sbb imam dia sokong BN.

Kenapa terlalu fanatik sgt? Sembang pasal parti bila parlimen dibubarkan saja. Bila dah bentuk kerajaan, kita bersama membangunkan negara.

KPd org BN: Sekiranya parti BN dah tidak dpt menjadi kerajaan pd masa akan dtg, adakah anda patut meletak jawatan?

Kpd org PAS: Adakah krn sokong PAS anda lebih baik dari Imam BN? Sembahyang berjemaah pun tak cukup 5 waktu..

eddie said...

apa yang kita perlu adalah perpaduan...bagi mereka yang dikatakan 'belot' itu...kita ambil balik hati dia..apa yang dia tidak suka akan keadaan sekarang..jika kita singkirkan mereka apa yang akan kita dapat...mereka akan lebih menberontak

Unknown said...

Entry ini sangat tepat. Saya yakin kakitangan kerajaan di pelbagai peringkat, kementerian dan institusi adalah penyokong PR. Even anak saya yang baru darjah satu telah mula bercakap mengenai PAS UMNO di rumah kerana katanya cikgunya bercakap di dalam kelas. Apabila mengajar cikgu-cikgu menyematkan di minda kanak2 kecil ini yang UMNO itu jahat. Barisan Nasional JAHAT, rasuah dsbnya. TRANSFORMASI guru2 diperlukan segera. SANGAT KRITIKAL!

Anonymous said...

Semua dah nampak akan hal ini. Persoalan saya....mengapa hampir 60% staf kerajaan ini berasal dari kelantan? Dah memang diketahui bahawa orang kelantan ni penyokong tegar pas, kenapa mereka menguasai putrajaya? Apa bagusnya mereka? Jika mereka bagus mengapa kelantan negeri yang mundur? Adakah mereka ini memasuki pentadbiran kerana sifat kronisme? Yang paling penting adakah pendapat kita disini diberikan perhatian oleh kerajaan iaitu BN? Suatu mekanisme baru perlu diujudkan untuk menghapuskan puak ngok ni! Terpulanglah pada kerajaan . Jika mahi seribu daya jika tidak.....tunggulah GE 14 ....makin banyakalah penyamun dan penyangak jadi yb dan mp!

Anonymous said...

adalah diwajibkan bahawa etika dan sokongan kaki tangan kerejaan menyokong party yg memerintah! Hal ini termaktub dalam peraturan kerajaan yg tersedia. Jadi ketua pegawai keselamatan kerajaan,dgn ketua2 jabatan2 janganlah buat de sahaja dalam mengesan mereka yg terlibat dan bertindak dgn undang2 thd mereka ini.

Anonymous said...

Benar ramai kakitangan kerajaan terutamanya guru-guru yang menyokong PR. Dan mereka akan menghasut kakitangan yang diatas pagar.Kerajaan patut mengambil tindakan segera.

Anonymous said...

bagaimana anda nanti apabila PR menjadi pemerintah? adakah anda akan berbuat perkara yg sama ataupun beralih arah kepada PR??
demokrasi, -- anda berhak memilih sesiapun tanpa ada sekatan..perlu matang dalam berpolitik..

Anonymous said...

anon 2013 12.30,
nak sokong mana2 parti adalah hak individu. tapi tak perlula disebarluas doktrin parti masing2. kalau kerja cikgu matematik ajarla mengira pada anak murid, bukan tanamkan benci umno bn pada budak2 yg belum/baru akil baligh. sepertimana kerja di swasta, kerja di kerajaan pun ada profesionalisme yg perlu dijaga. sama macam orang keje swasta mungkin benci bos dia sebab garang, tegas, tak munasabah, tak reti keja dll. tp bos tetap bos. buat ajelah arahan selagi tak langgar peraturan dan undang2 sykt/kjaan. bukan sebok sebar berita buruk pasal bos. nasib baik majikan kat kerajaan. kalo majikan swasta tau ko mengata, keje malas, sebar benda buruk pasal dia ko ingat dia nak bagi muka simpan ko lagi? jangan harap la...

jentayu

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.