.

.

Pages

MUNAFIKKAH BANGSA MELAYU KINI?

Tuesday, May 14, 2013


MKT agak kecewa bila terbaca keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan saman oleh ibu-ibu tunggal di Selangor yang telah ditolak kerana ianya bersifat remidi ( yakni satu perkataan untuk menyenangkan atau menyukakan hati pendengar).

Ini adalah kerana jika hal sebeginipun pihak undang-undang GAGAL untuk memberikan hak seadilnya kepada orang yang 'ter'makan janji, alamatnya selepas ini rakyat WAJIB meneliti dengan sehabis-habis fikir segala manifesto yang dikeluarkan oleh setiap parti-parti politik.

Kiranya lebih mudahlah pihak yang suka membuat janji akan pembangunan untuk rakyat, keselesaan untuk rakyat menabur segala janji-janji palsu untuk memenangi hati rakyat demi untuk berkuasa.

MKT juga berasa bersyukur kerana negara ini masih ditadbir oleh Barisan Nasional kerana parti ini banyak menunaikan segala janji-janji mereka didalam manifesto berbanding Pakatan Rakyat yang hanya tahu membuat manifesto tetapi tidak pandai menunaikan janji.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.

Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A. Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang.

Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut.

Beliau berkata, remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi.

Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa.
Sinar Harian 13/5/2013

Selepas ini, kita pakat-pakat menjadi munafik. Sebabnya, setiap janji diibaratkan sebagai remidi dan tidak perlu dikotakan. Boleh?

1 ulasan:

Anonymous said...

Tabik pd org johor kerna bijak menilai.bukankah d johor ramai keturunan bugis pasti mreka bijak kerna johor negeri maju jg tp x trikut2 gelombang tukar! Inikalilah!. Syabas orang bugis.

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.