.

.

Pages

HASRAT KERAMAT RAKYAT KEPADA PAS

Tuesday, May 7, 2013


Tahniah kerana Barisan Nasional dibawah dominasi UMNO dengan menguasai kerusi Parlimen sebanyak 88 buah. Memang ternyata UMNO masih lagi relevan dengan pembangunan negara ini.

Berbeza pula dengan PAS yang hanya menguasai 21 buah kerusi Parlimen. Jauh ketinggalan berbanding DAP yang memiliki kelebihan kerusi berbanding PAS.
PAS selalu berdendang irama hudud setiap kali pilihanraya. UMNO pula menyatakan belum tiba masanya lagi. Tetapi pada MKT inilah masanya yang ditunggu-tunggu selama ini oleh jutaan rakyat yang beragama Islam di Malaysia ini. Tertegaknya undang-undang di Malaysia.

Mengapa MKT berkata sedemikian? 


Ini adalah kerana kemenangan 133 buah kerusi Barisan Nasional adalah daripada hasil sokongan rakyat kepada UMNO yang berpaksikan agama, bangsa dan negara dan PAS pula telah memenangi sebanyak 21 buah kerusi hanya berpaksikan agama semata-mata. Jika dicampurkan jumlah kedua-dua buah kerusi yang dimenangi oleh kedua-dua parti, maka akan terhasillah majoriti 2/3 daripada Parlimen.



Bila majoriti 2/3 dapat digapai maka mudahlah untuk pihak yang menjadi Kerajaan membuat sebarang keputusan secara mutlak. Hendak gubal Perlembagaan pun boleh.

Ini adalah kerana dengan 88 buah kerusi UMNO dicampurkan dengan kerusi PAS ianya akan menjadi jumlah kerusi adalah 109. Biarpun parti-parti komponen BN juga memiliki kerusi tetapi kedudukan mereka adalah lemah.

Bukankah pada masa ini adalah masa yang sesuai untuk merealisasikan hasrat kebanyakkan ahli-ahli PAS dan UMNO agar kedua-dua buah parti keramat ini bergabung dan melaksanakan hukum hudud?

Persoalannya, mahukah Nik Aziz menundukkan ego dan dendamnya demi tertegaknya undang-undang Islam di negara ini?

Inilah masanya rakyat melihat samada Nik Aziz dan PAS, adakah benar-benar mahu melaksanakan hukum hudud ataupun sekadar hanya irama ulangan setiap kali hendak Pilihanraya.

7 ulasan:

Anonymous said...

kenapa nak bergabung pula? sbb terdesak n gagal dptkan majoriti 2/3 malahan lebih buruk dr rekod Pak Lah?

total vote
BN: 5,300,668
PR 5,593,059??

PARLIMEN
2008; BN 140 VS PR 82
2013; BN 133 VS PR 87 (+7)

DUN
2008; BN 344 VS PR 161
2013; BN 276 VS PR 230 (+71)

mesej ini jelas rakyat memilih siapa sebenarnya.. jgn syok sendiri

Ibnu Dahlan said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Dahlan said...

Tersenyum Ibnu bila terbaca komen murahan ini. Sebenarnya UMNO tidak perlu hatta satu pun daripada kerusi PAS untuk membentuk Kerajaan.
Tetapi tujuan pergabungan ini adalah untuk merealisasikan pelaksanaan undang2 Islam yg dijaja oleh PAS khususnya.
Hendak juga Ibnu lihat, adakah PAS benar2 hendak melaksanakan ataupun dok tipu rakyat dengan modal hudud.
Nampak gayanya, tekaan Ibnu adalah TEPAT dan BENAR belaka. PAS adalah BUKAN parti Islam tetapi parti MUNAFIK

Anonymous said...

PAS adalah parti munafik? maknanya TG Nik Aziz, TG Hadi Awang, TG Haron Din pun munafik kerana mereka adalah pimpinan tertinggi. Biar betik..

Unknown said...

melayu bodoh je tak tahu betapa pentingnya pengabungan ini.... untuk selamatkan melayu dan islam.... melayu yang kini dijadikan alat. kepaler2 melayu bodoh sekarang dijadikan tempat utk dipijak , sebagai batu loncatan.. untuk dap terus melompat menambah kerusi........ kalau pas bongkak siap nak ludah muka orang umno... itu mencerminkan keperibadian yang paling hina dan jijik. Nabi berjuang tak pernah buat mcm tu...

Ibnu Dahlan said...

Terima kasih cahaya pelangi. Ibnu teruja membaca komen saudara. Yang pentingnya sekarang adalah keselamatan melayu dan agama Islam. Biar tertegak dibumi M'sia ini..

Anonymous said...

Yg bangkang cadangan baik begini adalah yg terlalu ego, yg terdiri dpd otak2 blackout. Blackout ni dtg dpd siapa? DAP red bean army? anon pertama kt atas tu mgkn dap cybertrooper. Diulang, MUNGKIN!!

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.