.

.

Pages

SOMBONG ATAU PROVOKASI MURAH PR LANGKAWI?

Monday, April 22, 2013


Pihak Pakatan Rakyat Langkawi telah menuduh calon Kuah iaitu En. Nor Saidi bin Nanyan sebagai SOMBONG tetapi persoalannya benarkah calon Barisan Nasional Kuah iaitu En. Nor Saidi bin Nanyan itu sombong? 

Adakah hanya disebabkan beliau jarang senyum terus dilabel sombong?

Calon Barisan Nasional bagi DUN Kuah adalah anak jati TULEN Langkawi. Ini membawa maksud dilahirkan di Langkawi, dibesarkan di Langkawi dan mungkin matinya juga di Langkawi.

Berumur 42 tahun dan beliau adalah bekas graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dan Major dalam bidang Sains Politik.

Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak. Beliau juga aktif dalam pelbagai pertubuhan BUKAN Kerajaan (NGo's) antaranya dilantik sebagai Presiden Kelab Badminton Mahsuri Langkawi.

Beliau bukanlah sombong seperti yang digembar gemburkan oleh sesetengah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat Langkawi. Ini adalah kerana mereka TIDAK PERNAH cuba untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Dan disebabkan itu juga, mereka mencipta satu persepsi negatif terhadap calon pilihan ramai ini.



Berbeza pula dengan kredibilti calon daripada PKR iaitu Dato' Ahmad bin Kassim. 

Beliau adalah bekas wakil rakyat Parlimen Kuala Kedah yang AMAT jarang berada didalam kawasannya sendiri. Kebanyakkan masa beliau dihabiskan di Kuala Lumpur atas alasan perniagaan.

Berumur 50 tahun dan beliau adalah graduan UiTM dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dan berkelulusan dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran.

Beliau pula mempunyai seorang isteri dan 9 orang anak.



Manakala calon DUN Kuah yang ketiga iaitu En. Zaflee bin Pakwanteh merupakan calon BEBAS.

Beliau berumur 43 tahun dan kerjaya yang agak hebat iaitu sebagai peguamcara dan peguambela serta memiliki firma guaman sendiri dan didaftarkan atas nama Zaflee & Co. di Subang Jaya, Selangor.

MKT kurang mendapat maklumat mengenai calon ini. Jadi agak kecewalah sikit kerana MKT gagal menceritakannya kepada para pembaca semua.

Yang pentingnya, rakyat Langkawi yang benar-benar mengenali calon BN untuk DUN Kuah lebih tahu bagaimana dan 'lagu mana' kriteria calon itu. Don't judge book by it's look. Yang pentingnya calon itu tahu dan mahu mengambil berat tentang permasalahan penduduk di DUN Kuah. Bukannya calon yang pandai masuk bertanding TETAPI tidak pernah ada di kawasan sendiri.

Renung-renungkanlah...


YANG PENTINGNYA LANGKAWI AKAN TETAP DIBAWAH PENTADBIRAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO KERANA BN DAN UMNO SAHAJA YANG MAMPU MENGALAS TANGGUNGJAWAB SEBENAR PERANAN SEBUAH KERAJAAN


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.