.

.

Pages

BUKAN MENGUNGKIT TETAPI SEKADAR MENGINGATI SAHAJA

Saturday, April 20, 2013


Sepuluh orang kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kesal dengan pihak kolej menghalang mereka menghadiri majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang di kampus tetapnya di Kuala Ketil, hari ini. 

Tindakan menghalang kakitangan itu menghadiri program yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kira-kira jam 3 petang dipercayai berkait dengan surat tunjuk sebab yang mereka terima dari KUIN, bulan lalu. 

Penolong Pendaftar Kanan Kuliah Syariah KUIN, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, berkata mereka dihalang memasuki KUIN oleh pengawal keselamatan sejak awal pagi. 

Katanya, gambar mereka juga diedarkan kepada pengawal keselamatan bagi mengecam wajah supaya tidak seorangpun terlepas memasuki kampus. 

"Kami kecewa dan kesal kerana tidak dimaklumkan secara bertulis dilarang memasuki kampus. Lebih dikesali ialah pengurusan KUIN membuat laporan Polis di Balai Polis Kuala Ketil bahawa berlaku demontrasi sejurus Azizan tiba sedangkan tiadapun demontrasi Bersih KUIN 2.0 seperti yang didakwa," katanya dalam satu kenyataan. 

Muhammad Azki berkata, beliau yang menerima panggilan telefon daripada Timbalan Rektor KUIN, Wan Sulaiman Wan Yusoff berjanji tidak akan membuat demontrasi Bersih KUIN 2.0 bagi menghormati majlis yang berlangsung. 

"Yang peliknya bila saya bagi jaminan tidak akan buat demontrasi mereka pula buat laporan polis mendakwa kami akan buat demontrasi. Bagaimanapun saya menafikannya semasa disoal oleh polis. 

Kumpulan kakitangan KUIN itu dikenakan surat tunjuk sebab pada awal bulan ini selepas membuat kenyataan membongkar penyelewengan dalam pengurusan KUIN serta membuat demontrasi Bersih KUIN 2.0.

Bukan untuk membuka pekung pentadbiran Kerajaan PAS Kedah diatas kegagalan mentadbir KUIN cuma yang MKT kesalkan adalah sikap berdendam kebanyakkan pemimpin PAS.

MKT rasa TIADA lagi rasanya seorang pun daripada kakitangan Kerajaan Persekutuan dibuang atas sebab memihak kepada parti pembangkang. Habis kuat pun cuma ditukarkan sahaja. Tidaklah sampai gambar kakitangan diedarkan di pondok pengawal demi untuk memastikan kakitangan itu masuk bekerja.

Jadi, untuk apa rakyat Kedah terutamanya warga Langkawi menerima pemimpin yang KUAT BERDENDAM sebagai pemimpin? 

Rasanya tiada dalam ajaran Islam yang mengajar umatnya untuk berdendam sebegitu rupa. Mungkin dalam agama Islam versi PAS ada tertulis begitu... 

1 ulasan:

Anonymous said...

KALAU DULU MEREKA MUNGKIN BERKEMPEN UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN BN KEDAH, APA SALAHNYA KALI INI DEPA BANTU BN AMIK BALIK KEDAH. SEMOGA ALLAH JERNIHKAN SEGALA KEKERUHAN INI. PANDANGAN SAYA.

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.