.

.

Pages

MULIANYA SEORANG PEROKOK TEGAR..

Tuesday, April 10, 2012

Assalamualaikum...



Sebagai perokok, seseorang itu akan sentiasa memikirkan pelbagai cara untuk menghalalkan tabiatnya. Hatta dengan hujah-hujah yang rasa-rasanya tidak boleh diterima pakai langsung.

Tetapi, apakan daya. Orang yang pernah menjadi perokok tegar sahaja yang dapat memahami  sengsaranya ketagihan merokok. Ketagihan ini bukannya boleh dirasai oleh orang yang tidak merokok.


Oleh yang demikian, wujudlah undang-undang yang direka oleh orang yang tidak merokok untuk menghukum orang merokok. Adilkah ini?


Ini adalah antara kebaikan merokok. Sila ambil perhatian...

1) Merokok boleh mengurangkan sifat kedekut
- Kebanyakkan perokok adalah seorang yang tidak kedekut dan sering menolong orang yang dalam kesusahan. Contohnya, seorang perokok mudah meminjamkan lighternya kepada sesiapa sahaja walaupun orang tidak dikenali. Perokok juga mempunyai hati yang tulus dengan memberikan rokok mereka kepada orang yang memerlukannya walaupun ianya agak mahal.

2) Merokok boleh menghilangkan stress
- Perokok biasanya menghilangkan stress mereka dengan menghisap rokok. Tidak seperti non-smoker yang yang selalunya pergi shopping untuk menghilangkan stress. Dengan ini, sifat membazir masa dapat dikurangkan.

3) Perokok tidak menyusahkan orang lain ketika stress
- Non-smoker biasanya meraih simpati daripada orang lain untuk menghilangkan stress mereka. Dengan ini, perokok tidak membazirkan masa orang lain dan tidak suka tagih simpati.

4) Menambahkan pendapatan negara
- Jika semua orang tidak merokok, pendapatan negara akan merosot teruk dan gaji para pajawat awam tentu sekali akan menurun. Jadi, perokok sebenarnya adalah aset penting dalam sesebuah negara.

5) Merokok dapat menambahkan kenalan
- Biasanya seseorang yang merokok lebih mesra daripada orang yang tidak merokok. Dengan ini, kita dapat menambahkan kenalan tidak kira bangsa dan warna kulit.

6) Merokok boleh mengurangkan kepadatan penduduk
- Perokok biasanya mempunyai masa untuk hidup yang kurang dari non-smoker. Dengan ini, kepadatan penduduk dunia dapat dikurangkan.

7) Menambahkan pendapatan doktor
- Dengan merokok, kita dapat menambahkan pendapatan seorang doktor kerana perokok mudah dijangkiti penyakit kronik seperti stroke dan lain2. Kos rawatan agak tinggi dan macam biasa, perokok memang suka sedekah sebahagian duit mereka kepada hospital. Jika mati, tubuh badan perokok juga boleh dermakan sebahagian organ mereka kepada yang memerlukan.

8) Mengurangkan pencemaran bahan kimia
- Semua orang tahu bahawa sebatang rokok mengandungi lebih 7,000 bahan kimia. Pembuangan bahan kimia secara haram dapat dikurang dengan merokok.

P/S dari MKT : Any Comment?....hehehehe...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.